Isnin, 3 September 2012
Makanan Berkhasiat Yang Di Gemari Rasulullah S.A.W
Nabi Muhammad adalah contoh terbaik ummat. Selawat dan salam padamu ya Rasulullah.. Mari kita belajar sunnah Rasulullah dalam bab memilih makanan yang berkhasiat
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut.
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminum waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (segala jenis) – Wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Sekarang dah jadi trend yang popular di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk dengan gelojoh. Jika tidak, mudah mendapat sakit pada hati.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan