Semut-semut ini diletakkan di dalam sebuah bekas khas yang tertutup yang dilihat seperti akuarium dengan hanya disinari oleh cahaya ultra violet (cahaya ungu yang mewakili cahaya matahari) dan medium dalam bekas itu adalah tanah lutsinar (mempunyai sifat-sifat galian dan nutrisi seperti tanah tetapi lutsinar). Ana pun tak berapa tahu apa jenis tanah lutsinar tu, mungkin macam gel minyak rambut yang lelaki selalu pakai tu kot..
Setelah beberapa minit berlalu, semut-semut itu mula bekerja, membuat lubang-lubang jalan iaitu koloni-kolini kecil untuk membantu semut-semut lain bergerak di dalam “tanah”. Semut-semut ini mahu melarikan diri dari terikan panas mentari, kalau tak salah aku lah. Takkan diorang semua nak duduk bawah panas mentari kan. Lari lari ~
Hasilnya, terbentuklah pelbagai jenis lorong-lorong kecil yang menghubungkan jalan-jalan dalam tanah yang merupakan suatu seni yang amat unik. Jika kita lihat dari jauh, Subhanallah, indah dan kreatif sekali makhluk ciptaan Allah ini. Mari kita mencontohi kerajinan dan kekreatifan semut ini dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Bukan itu sahaja, mereka juga dilihat bekerjasama untuk mencapai matlamat mereka untuk membuat sarang yang selesa untuk mereka. Sekian sahaja eksperimen hari ini. Kepada saintis-saintis muda, boleh la buat eksperiment ini di rumah dan lihat sendiri hasilnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan